Monday, May 3, 2010

Ujian bertulis

Ujian bertulis.

Anda perlu sediakan pen hitam atau biru, pensel 2b dan pemadam. Ini sebagai persediaan jika mereka tidak sediakan untuk anda.

-----------------------

Soalan bertulis adalah secara umum dan biasanya berkaitan dengan kerja yang anda minta. Mereka ingin tahu sejauh mana anda tahu tentang pekerjaan yang anda minta.

Dan mereka juga akan bertanya hal yang sedang berlaku ketika ini, seperti H1N1.


Buka web ini untuk rujukan ;

Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat H1N1

JuruTeknologi Makmal Perubatan

Brouser JTMP

Maklumat Kerja Yang Dipohon

B) MAKLUMAT BERKAITAN KERJA YANG DIPOHON

Mengapa memilih sebagai JuruTeknologi Makmal Perubatan?

Saya memang berminat untuk bekerja di Makmal dan membuat ujian-ujian makmal.
(Kau sambung sendirilah jawapan yang lain)

Jika anda dikehendaki bekerja di luar Johor, adakah anda sanggup?

Jika itu yang diarahkan, saya akan cuba untuk bekerja diluar Johor. (Jawap sahaja ok,
soalan ini hanya untuk pastikan kita benar2 nak jawatan ini atau sebaliknya)


Apa lagi tugas2 Juruteknologi Makmal yang anda tahu?

- Menjalankan ujian-ujian ke atas contoh (spesimen) pesakit.
- Menjalankan kajian ke atas contoh (spesimen) darah, najis dan air kencing pesakit.
- Membantu doktor dalam memastikan apakah jenis penyakit atau jangkitan yang telah
dihidapi oleh seseorang pesakit.
- Membantu doktor dalam merawat pesakit.


Dimanakah tempat bertugas jika anda dilantik sebagai JuruTeknologi Makmal
Perubatan?

Jabatan-jabatan patologi dan makmal-makmal klinikal.

----------------------

Jika ditanya, mengapa pilih banyak sangat?

Jawap je, saya memang suka bekerja dengan kerajaan dan saya sangat2 suka jika dipilih sebagai JuruTeknologi Makmal Perubatan. Tetapi jika ditolak, saya mohon dapat jawatan yang lain pun kira okey. Itu sebab saya pilih 2-3 jawatan. Sebab berharap sangat dapat.



Maklumat KKM

A) MAKLUMAT BERKAITAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(KKM)

Apa itu KKM?

KKM adalah ringkasan dari 'Kementerian Kesihatan Malaysia'.


Siapakah nama Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia?

Menteri Kesihatan Malaysia adalah 'Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai' dan
Timbalan Menteri Kesihatan adalah 'Yang Berhormat Datuk Rosnah Shirlin bt Haji
Abdul Rashid Shirlin'.


Apakah VISI KKM?

VISI KKM adalah 'Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik'.


Apakah MISI KKM?

MISI KKM adalah 'memastikan kesihatan rakyat ditahap maksima dan berkualiti'.

Sebutkan antara Kempen KKM?

'KAMI SEDIA MEMBANTU'


'TAK NAK'


Apakah MOTTO KKM?

Penyayang, Profesionalisme, Kerja Berpasukan


----------------------

Penemuduga akan minta anda terangkan tentang apa yang anda faham tentang KKM, JTMP (JuruTeknologi Makmal Perubatan), atau tentang TAK NAK atau Kerja Berpasukan. Penemuduga ingin menguji sejauh mana anda faham dengan apa yang anda minta dan seterusnya anda akan bekerja bersama mereka.

Mereka juga mungkin meminta anda menerangkannya dalam bahasa inggeris.

Panduan Temuduga

Panduan untuk temuduga kerja kerajaan.

1) Etika Berpakaian.

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan imej kerajaan. Pakaian anda tidaklah terlalu seksi atau berlebihan seperti mak datin. Solekan pada muka anda juga janganlah keterlaluan. Juga jangan pakai barang kemas yang terlalu menonjol.

Anda pernah berurusan dengan pejabat kerajaan? Setidak-tidaknya anda pernah berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan. Anda lihat cara mereka berpakaian? Itulah cara kakitangan kerajaan berpakaian.


2) Nada Suara.

Nada suara anda hendaklah jelas. Anda perlu belajar menguatkan suara anda, jika anda seorang yang bercakap seperti berbisik. Ini bagi memudahkan penemuduga mendengar dan memahami apa yang anda perkatakan.

Antara anda dan penemuduga adalah jauh. Ia lebih kurang sejauh sebuah kereta. Dan kebiasaannya anda hanya diberikan kerusi untuk anda duduk manakala penemuduga mempunyai meja. Anda bayangkan jarak anda dan penemuduga tersebut, dan anda cuba dirumah bagaimana untuk menguatkan suara anda supaya dapat didengar dengan jelas oleh penemuduga.

3) Sebutan Yang Jelas.

Anda juga perlu menyebut setiap perkataan dengan jelas. Jika anda ada pelat kelantan, kedah, negeri sembilan, anda perlu kurangkan pelat anda tersebut. Ini mungkin menyebabkan penemuduga gagal memahami butir percakapan anda.

Anda juga perlu menyebut setiap perkataan satu persatu dan jelas. Jangan terlalu cepat sehingga sukar difahami. Sebaiknya sebut satu persatu dengan sederhana laju. Jangan pula terlalu perlahan.

4) Gerak Badan.

Pastikan anda duduk dengan selesa dan tenang. Biarpun anda tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, anda tidak perlu mengaru-garu kepada atau menjelir lidah. Anda cuma perlu menjawab secara jujur, 'saya tidak pasti', 'saya tidak tahu' dan cuba sentiasa senyum.

5) Jawab Dengan Jujur.

Anda perlulah menjadi diri anda sendiri. Jawablah soalan dengan jujur. Jika anda tidak pasti atau tidak tahu, anda seharusnya bersikap jujur. Jangan malu untuk berkata ' Saya tidak tahu' atau 'Saya tak pasti' atau 'Saya tidak pandai'. Ini kerana sikap jujur anda itulah yang diperlukan oleh jabatan kerajaan.

Anda tidak perlu cuba menjawab setiap soalan walaupun anda tidak tahu. Sehinggakan anda cuba mereka-reka jawapan yang anda sendiri tidak pasti. Contoh; jika penemuduga bertanya, ' apa itu facebook?' Anda tidak pernah pun memiliki akaun facebook, jadi anda perlu berterus terang. Saya tidak tahu apa itu facebook. Itu adalah lebih baik daripada anda cuba juga menjawab dengan secara agak-agak. Facebook = gambar muka yang ada didalam buku (ini contoh jawapan yang direka-reka). Jawapan yang direka-reka itu kelak akan memalukan diri anda sendiri.

Ingat, bukan setiap soalan memerlukan jawapan. Apa yang penting adalah bagaimana anda menjawab. Mereka akan menjadi majikan dan boss anda. Adakah mereka akan mengambil anda jika di dalam temuduga pun anda sudah pandai berbohong?

6) Soalan Ada Pelbagai.

Soalan yang dikemukakan oleh penemuduga ada banyak jenis. Ada yang soalan secara terus dan memerlukan jawapan yang tepat. Contoh; Dimana terletaknya menara Kuala Lumpur? Anda perlu menjawab dengan terus berdasarkan fakta.

Ada soalan menguji minda. Contohnya : Apa pendapat anda tentang hospital kerajaan sesak dan tak selesa? Jika soalan begitu ditanya, maka jawapannya hendaklah dari hati anda sendiri. Jangan kerana anda ingin bekerja dengan kerajaan, jawapan anda akan menyokong kerajaan. Anda perlu menjawab dari hati anda sendiri.

Jika anda rasa memang hospital kerajaan sesak dan merimaskan. Anda perlu kemukakan hujah anda. Dan penemuduga pastinya akan membalas dan cuba mematahkan hujah anda. Dan penemuduga akan meminta anda menjawab balik dan mempertahankan jawapan anda tersebut.

Jika anda rasa, hospital kerajaan tidak sesah tetapi selesa. Anda juga perlu pertahankan hujjah anda. Dan penemuduga juga akan menyoal balik dan mempertikaikan hujjah anda.

Tidak kira apa jawapan anda, memang penemuduga akan mempertikaikannya. Jangan pula anda rasa jika pendapat anda berbeza dengan pendapat penemuduga, anda telah gagal. Tidak.

Sebenarnya, penemuduga ingin menguji diri anda. Adakah anda jenis kaki bodek atau cepat tergoda seperti lalang atau sebagainya.

Namun, usahlah anda sampai bertegang leher demi mempertahankan hujjah anda tersebut. Sebaiknya anda berkata' betul pendapat tuan tu, saya setuju juga. Tetapi saya lebih suka pendapat yang mengatakan..... '

7) Sebelum Masuk Bilik Temuduga.

Pastikan diri anda tenang dan selesa sebelum anda melangkah masuk ke bilik temuduga.

Sebelum anda membuka pintu, anda perlu tarik nafas, caranya; tarik nafas panjang-panjang sehingga habis, tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang sehingga 3 atau 5 kali. Jika anda sudah rasa sedikit tenang, barulah anda melangkah masuk.

Pastikan anda senyum ketika masuk dan memandang ke arah penemuduga. Berikan salam dan berdiri di tempat yang disediakan untuk anda. Kebiasaannya akan disediakan sebuah kerusi di hadapan meja penemuduga. Dan ia akan jauh sedikit dari meja penemuduga.

Dan mungkin penemuduga mempunyai 2-3 orang dan anda seorang diri. Atau mungkin juga anda akan dipanggil secara berkumpulan 3-5 orang sekali.

Jangan duduk sehingga dipelawa duduk. Tapi kalau dah 5 minit tak dipelawa, anda boleh bertanya kepada penemuduga tersebut, 'Tuan, boleh saya duduk?'

Anda tidak perlu bersalaman dengan penemuduga. Cukup anda tunjukan hormat dengan tunduk kepala sedikit. Lebihkan senyuman. Dan jaga tangan dan kaki anda dari melakukan senamam (goyang sana goyang sini).

Anda boleh bahasakan diri penemuduga dengan Tuan, Puan, atau Encik. Dan bahasakan diri anda dengan 'saya'.

Jika anda tidak berapa jelas, atau tidak faham apa yang ditanya, anda boleh minta mereka ulang semula. ' Tuan, boleh ulang semula soalan tadi, saya tidak berapa jelas'.


PENTING.

Anda hendak bekerja kerajaan. Ini maknanya, anda ingin menjadi kuli kepada penemuduga tersebut. Ingat, penemuduga itu adalah orang-orang yang mungkin akan menjadi boss anda, jika anda diterima bekerja.

Jadi anda perlulah hormat kepada mereka. Anda mestilah pandai menyesuaikan diri dengan mereka. Cara anda bercakap, kesopanan anda dan cara anda menghormati mereka. Jika di dalam bilik temuduga, anda sudah menampakan ciri-ciri akan melawan dan tidak mahu mendengar kata, apakah mungkin mereka akan mengambil anda bekerja.

Contoh, jika ditanya; Jika satu hari boss anda minta anda buat kerja yang bukan kerja anda. Seperti boss anda suruh anda bersihkan tandas, adakah anda akan buat?

Anda tidak perlu menjawab secara kasar. 'Mana boleh buat, tu kerja kotor'.

Sebaiknya anda menjawab dengan berlapik. 'Jika ia untuk kebaikan jabatan, dan tidak melanggar apa-apa kesalahan, apa salahnya saya buat'.

Perlu diingat, setiap kakitangan kerajaan akan menerima tugasan yang tertentu yang telah ditetapkan mengikut jawatan. Namun diakhir perenggan akan ditulis, 'sedia melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan pada bila-bila masa'.

8) Surat Dan Sijil.

Pastikan anda membawa semua yang diperlukan seperti di dalam surat tawaran. Anda juga perlu membawa surat tawaran bersama. Sebaiknya susun dokumen seperti yang ditulis di dalam surat tawaran tersebut.

Contoh, sila bawa bersama kad pengenalan, surat beranak, sijil spm,......

Maka anda perlu susun dokumen paling atas adalah kad pengenalan, kemudian baru surat beranak, dan kemudian baru sijil spm dan seterusnya seperti yang ditulis di dalam surat tawaran. Dan anda perlu gunakan klip kertas, dan klip pada semua dokumen. Dan masukkan dokumen tersebut ke dalam fail.

Kesilapan.

Untuk kad pengenalan, anda perlu photostat kedua-dua belah dihalaman yang sama. Anda tidak perlu potong mengikut saiz kad pengenalan anda. Gunakan kertas A4 dan muka depan anda photostat dibahagian atas dan muka belakang dibahagian bawah.

Juga pastikan setiap dokumen yang telah anda photostat anda dapatkan cop 'diakui sah' oleh pegawai yang layak. Iaitu Guru Besar atau Pengetua Sekolah. Anda boleh pergi mana-mana sekolah, tidak semestinya sekolah anda sendiri untuk mendapatkan cop tersebut.


Okey itu sahaja. Datang awal supaya anda lebih relaks.